Sunday, January 31, 2010

Pengalaman Bersama Beauty Umaira

Melalui pengalaman sendiri, saya menggunakan produk ini adalah bagi membantu saya merasai sendiri produk jualan saya ini. Sebelum ini saya mengalami masalah seperti keputihan, senggugut, kulit kering, rambut gugur dan beberapa masalah lain. Tetapi alhamdulillah selepas penggunaan selama tidak sampai 12 hari, saya dapati masalah keputihan berkurang dan apabila saya kedatangan haid, tiada masalah senggugut seperti sebelumnya. Rakan-rakan juga ada yang menegur kulit saya lebih kelihatan lembap tidak kering disebabkan oleh terlalu terdedah kepada penghawa dingin. Selepas hampir sebulan meminum produk ini, secara tidak langsung ia membantu menurunkan 'saiz' saya sedikit. Sebelum ini jeans yang saya pakai 'fit' tanpa perlu mengenakan tali pinggang, tapi kini sebaliknya. Keguguran rambut juga sudah mula kurang. :)

Selain itu, ibu saya turut menggunakan produk ini. Beliau mempunyai masalah jeragat dan agak memeranjatkan apabila jeragat di muka dan lengannya kian pudar hanya selepas 5 hari! Kulitnya juga makin cerah dan berseri (ibu saya mempunyai hobi berkebun). Mungkin lain orang lain kesannya. Saya juga tidak dapat menjamin anda mendapat kesan yang sama. Tapi, menurut 'founder' Beauty Umaira 1001 Rahsia ini, selalunya kesan sudah boleh dilihat selepas 2 minggu penggunaannya. Beliau juga menyatakan bahawa produk ini lebih nampak ketara bagi wanita-wanita berusia 40 tahun ke atas.

Sebagai penambahan, beliau (founder) juga ada menyatakan menerusi pengalaman pengguna selepas bersalin bahawa pengguna tersebut menggunakan produk ini selepas seminggu bersalin. Setelah seminggu meminum/menggunakan produk ini, pengguna tersebut memberi kenyataan bahawa badannya terasa ringan, lenguh-lenguh badan sudah tidak ada dan membantu proses pengeluaran lendir-lendir dalam badan.


Saya sempat bertanyakan pengalaman seorang pengguna dari seorang rakanniaga. Beliau menceritakan pengalaman sahabatnya yang telah berkahwin selama 6 tahun tanpa zuriat. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi tujuan tersebut, namun menemui kegagalan. Walau bagaimanapun, sahabatnya ingin mencuba produk Beauty Umaira 1001 Rahsia (kerana ia adalah produk kesihatan 'All-in-one') ini selama 3 bulan berterusan kecuali ketika haid. Setiap pagi sahabatnya akan meminum sesachet dengan berselawat sambil berdoa dan bertawakal. Alhamdulillah, kini sahabat ini berjaya menimang cahayamata. Semua ini kekuasaan dan dengan izin Allah dan kita hanya berikhtiar.

** Di ruangan ini, anda boleh berkongsi pengalaman anda selepas menggunakan produk Beauty Umaira ini. Jadi jangan segan-segan mengutarakan pandangan dan pengalaman anda bersama Beauty Umaira agar kita sama-sama mendapat manfaatnya dan membantu rakan-rakan yang lain mengalami dan mengecapi kelebihan-kelebihan serta khasiat-khasiatnya bersama.

Saya dahului ucapan terima kasih. :)

Note: Benda yang baik harus dikongsikan bersama... dapat PAHALA... ;)

RTM1 - Selamat Pagi Malaysia

(Pengilang: Pravenus Beauty Sdn Bhd (Co. No. 589475-W))

Salam semua...

Anda berpeluang mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini dalam rancangan
Selamat Pagi Malaysia di RTM1...
Setiap Selasa Jam 08:05 pagi...
Jangan ketinggalan yer...